Pengenalan dengan nama pada waktu itu Straits Settlement

Pengenalan

 

Sejarah telah membuktikan bahawa peranan lautan yang
begitu signifikan kepada manusia bahkan kepada sesebuah negara ataupun kerajaan.
Melalui lautan, wujud kerajaan-kerajaan maritim yang unggul sehingga membawa
kepada perhubungan dengan negara-negara maritim yang lain. Laut sering
dikatakan sebagai penyatu dan bukan sebagai pemisah. Laut, secara tradisinya,
adalah sumber inspirasi bagi menyatukan perhubungan di antara negara, membentuk
semangat bersatu, saling memahami dan bersatu-padu, serta menjana kekayaan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Namun dewasa ini kita dapat melihat
kepentingan lautan ini dapat di lihat dari pelbagai dimensi dan antara dimensi
tersebut adalah ekonomi, sosio-politik, dan kestrategikannya. Akibat daripada
kepentingan lautan ini, negara-negara maritim di seluruh dunia mula
berlumba-lumba meluaskan wilayah dan menuntut hak kedaulatan ke atas kawasan
yang didakwa milik mereka. Perlumbaan ini telah membawa kepada konflik
pertindihan wilayah antara negara yang terlibat. Hal ini telah mendorong
negara-negara maritim untuk bergantung dengan angkatan laut yang
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan perairan negara

 

Di sini bermulalah penubuhan
PSSTLDM yang dilihat boleh membantu tugas teras TLDM dalam mempertahankan
kedaulatan perairan negara. Pasukan Simpanan Sukarela TLDM atau lebih sinonim
dengan panggilan PSSTLDM sudah tidak asing lagi bagi warga TLDM khasnya.
Semenjak penubuhan pada 1934 dengan nama pada waktu itu Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) yang
berpangkalan Singapura, PSSTLDM sudah menampakkan tugas dan peranannya dalam
membantu tugas-tugas utama TLDM.Semenjak penubuhan dari tahun 1934 hingga kini,
PSSTLDM telah pelbagai fasa yang kini lebih diminati dan trending. Keanggotaan
PSSTLDM kini mencecah ratusan anggota yang dilihat akan menjadi sokongan kuat
ke atas kemodenan TLDM. Selaras dengan progress transformasi TLDM “15 to 5”, PSSTLDM akan memainkan peranan
penting dalam menjayakan program ini. PSSTLDM kini dilihat satu badan pasukan
keselamatan yang diminati bukan dari golongan pertengahan malah golongan pakar
atau korporat juga telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.

 

Penyertaan ke dalam pasukan
beruniform TLDM ini boleh dilihat dari pelbagai pihak dan golongan seperti
pelajar, pakar, khusus dan sukarela.

 

a.           
Kategori Pilihan/Pelajar. Golongan penuntut-penuntut Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) meletakkan pasukan seragam TLDM sebagai subjek pilihan utama dalam
pemilihan ko-kurikulum. Mereka akan diserapkan sebagai Pasukan Latihan Pegawai
Simpanan (PALAPES-Laut).

 

b.           
Kategori Pakar. Kategori ini lebih menjurus kepada sektor kemahiran
yang diberi peluang untuk menyertai PSSTLDM. Kebanyakan mereka ini datang dari
minat tersendiri. Mereka yang terdiri daripada individu awam yang berkepakaran
serta berkemahiran di dalam bidang limbungan, pelabuhan dan perkapalan yang
mana diserap kepada pangkat pegawai atau LLP mengikut kelayakan masing-masing.

 

c.           
Kategori Khusus. Mereka yang terdiri daripada individu awam yang
mempunyai kepakaran khusus seperti psikiatri, psikologi, perubatan bawah air,
anggota marin laut perikanan dan kepakaran lain yang berkaitan yang juga
ditawarkan mengisi perjawatan pegawai atau LLP yang sesuai dengan kelayakan.

 

d.           
Kategori Sukarela Biasa. Terdiri daripada individu awam sama ada golongan
profesional dan bukan profesional.Setiap komitmen pegawai/anggota PSS akan
diberi imbuhan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti elaun
latihan, tempatan, elaun latihan lanjutan, elaun latihan khemah tahunan, elaun
sagu hati (bounty), elaun pakaian seragam apabila ditauliahkan, elaun pakaian
istiadat sekiranya memohon, pakaian dan peralatan asas ketenteraan secara
percuma, pengangkutan, sajian dan penginapan percuma semasa menghadiri
latihan.Mereka yang aktif juga berpeluang mengikuti lawatan operasi ke luar
negara dengan kapal-kapal TLDM dan menikmati semua keistimewaan yang diterima
oleh anggota tetap seperti ransum percuma, elaun pakaian panas dan elaun
pelabuhan.

 

e.           
Peluang ini telah memberi pengetahuan dan pengalaman
tambahan yang tidak mudah diperoleh sekiranya seseorang itu bukan seorang
pegawai atau lasykar tetap. Secara automatik mereka mempunyai kelayakan
profesional tambahan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Tugas dan Tanggungjawab

Dari tahun ke tahun PSSTLDM
ini sentiasa didedahkan dengan latihan-latihan asas dan lanjutan. Mereka juga berpeluang
melaksanakan kerja-kerja pejabat dan kapal yang biasa dilaksanakan oleh warga
TLDM.Secara tidak langsung tugas ini dapat meringankan beban dan tanggungjawab
warga tetap TLDM. Selari dengan penubuhan PSSTLDM ini, ianya dilihat jelas
mempunyai peranan yang sama dengan TLDM sendiri semasa perang atau darurat dan
membantu pentadbiran serta operasi TLDM.Persekitaran geostrategik negara
Malaysia yang dikelilingi oleh laut memberikan 
satu skop pemantauan keselamatan yang luas dan memerlukan tenaga sumber
manusia yang ramai. Program 15 to 5 yang diinspirasikan oleh pucuk pimpinan
TLDM ini dilihat memerlukan pertambahan anggota dan pegawai terutama penempatan
di kapal-kapal nanti. PSSTLDM juga merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi
sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam
PSSTLDM juga sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh).

 

Benteng
Kedua Pertahanan Negara

 

Sejajar dengan konsep HANRUH
dan kekuatan tentera pada masa kini, memerlukan sokongan dan bantuan oleh
seluruh lapisan masyarakat termasuk generasi pada masa hadapan untuk menyokong
dasar kerajaan mempertahankan kedaulatan negara. Jika kita melihat ketiga-tiga
cabang perkhidmatan telah mempunyai pasukan simpanan mereka sendiri. Tidak
dinafikan bahawa mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik dan cekap. Dalam misi mempertahankan negara, kekuatan
ketenteraan di daratan, lautan dan udara begitu penting bagi memastikan benteng
pertahanan negara sentiasa dalam keadaan kukuh.Peralatan atau teknologi terkini
sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan sokongan yang kuat oleh
barisan kedua dalam mempertahankan kedaulatan negara. Memetik ucapan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak bahawa, mereka ini dianggap sebagai barisan kedua
selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk
menjaga keselamatan negara.Ancaman keselamatan ini perlu dilihat daripada
pelbagai sudut iaitu dalaman dan luaran serta ancaman konvensional dan
sebaliknya, malah ia muncul dari semasa ke semasa.

 

Apa
yang membimbangkan pada masa kini ialah berkenaan dengan ancaman globalisasi,
terorisisme, cyber dan bermacam-macam-macam lagi. Dunia mengalami gelombang
perubahan yang ketara dalam dimensi persekitaran ekonomi mahupun sosiopolitik.
Perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi moden pada masa kini akan
mendedahkan pelbagai kelemahan dan ruang untuk mempertahankan keselamatan
negara pada masa nanti.

 

 

Imej TLDM Kepada Masyarakat.

Sebagai PSSTLDM salah satu tugas dan peranan
ialah membawa imej TLDM kepada masyarakat setempat dan komuniti awam.Pemilihan
mereka yang rata-ratanya dari masyarakat setempat menjadikan PSSTLDM ini medium
untuk memperkenalkan TLDM dengan lebih dekat terutama di Sabah dan Sarawak.
Perubahan ini mampu menaikkan martabat dan juga keyakinan masyarakat terhadap
TLDM. Pendekatan ini juga mampu menangkis ancaman atau ideologi yang buruk
terhadap negara melalui latihan-latihan yang dilaksanakan oleh PSSTLDM. Secara
tidak langsung mereka akan bercerita dan berkongsi pengalaman dengan
rakan-rakan yang tidak terlibat secara terus dengan TLDM.Pendekatan ini sedikit
sebanyak mampu menangkis gejala-gejala yang tidak sihat kepada persekitaran
sekeliling. Melalui program-program yang melibatkan PSSTLDM ini juga seperti
projek jiwa murni, latihan bersama dan bermacam-macam lagi mampu menguatkan
lagi pertahanan negara. Penglibatan mereka ini merupakan salah satu inisiatif
dan latihan yang diselarikan dengan proses pembelajaran mereka semasa di dalam
PSSTLDM.

Imej yang baik ini telah menarik ramai dari
golongan korporat dan profesional dalam memartabatkan lagi PSSTLDM ini. Jika
melihat kepada perkhidmatan lain seperti Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera
Udara Diraja Malaysia, penglibatan pasukan simpanan ini akan disambut baik oleh
golongan politik. Dia antara yang pernah kita dengar ialah Menteri Belia dan
Sukan iaitu Khairi Jamaluddin bagi tentera darat dan Menteri Besar Perak
bersama-sama dengan PSSTLDM. Walaupun dengan gelaran kehormat, namun ianya
adalah permulaan yang baik mempamerkan mutu dan imej pasukan Simpanan Angkatan
Tentera terutama TLDM dipandang tinggi oleh masyarakat luar.

Sokongan kepada tugas Teras
TLDM.

Penyertaan PSSTLDM kini dilihat lebih meluas
dan diminati dari pelbagai peringkat. Dengan keterujaan mereka untuk memasuki
dan menimba pengalam bersama pihak TLDM, golongan profesional menjadikan
PSSTLDM sebagai sebuah badan beruniform yang mempunyai kelas tersendiri. Kepakaran
yang dimiliki oleh mereka di sektor-sektor kerajaan dan swasta yang lain mampu
membantu dan memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja teras yang
dilaksanakan oleh anggota TLDM.Sepertimana yang kita lihat sekarang ini, banyak
PSSTLDM diserapkan ke unit-unit TLDM terutama di Markas Tentera Laut sendiri.
Mereka mampu menghasilkan mutu kerja yang baik dan cepat. Idea-idea yang
dihasilkan bernas dan berkualtiti. Bagi memperkasakan lagi pertahanan negara,
PSSTLDM ini diserap masuk ke unit kapal-kapal beroperasi terutama di Sabah.
Penglibatan mereka ini dikira sebagai kerahan tetap atau tumpangan sementara
untuk latihan bagi menghabiskan modul latihan mereka. Walaupun kerahan tetap
atau sepenuh masa mereka juga layak menerima imbuhan atau keistimewaan yang
sama seperti warga tetap angkatan tentera. Elaun dan pengalaman yang diperolehi
oleh mereka bukan semua golongan yang dapat.

Usaha menjaga dan mengawasi kawasan perairan
negara merupakan tanggungjawab yang sangat penting demi menjamin keselamatan
dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara daripada diceroboh oleh orang luar.
Namun usaha ini juga turut berhadapan dengan pelbagai cabaran, tidak kira
cabaran dari dalam mahupun luar negara. Bahkan ancaman seperti Non-Traditional
Security juga kian membimbangkan. Contoh yang mudah yang dapat kita lihat
adalah isu di Lahad Datu yang berlaku pada bulan April tahun 2013. Pada
awalnya, ancaman yang wujud bukanlah melibatkan Traditional Security kerana
kemasukan penceroboh tersebut bukan melibatkan golongan militer. Selain itu,
kita turut berhadapan dengan ancaman Non-Traditional Security melalui isu
pendatang tanpa izin, penyeludupan barang dan pemerdagangan manusia. Ancaman
seperti ini kian membimbangkan khususnya dikawasan Pantai Timur Sabah malah
yang lebih parah lagi, penduduk tempatan negara kita juga turut terlibat dalam
menjalankan aktiviti haram ini. Aktiviti sebegini jelas berlaku melalui laluan
laut. Ancaman sebegini turut menjadi cabaran kepada negara dalam menanganinya.Dalam
usaha memperkasakan keselamatan perairan negara, penglibatan PSSTLDM ini di
unit-unit kapal dilihat wajar dan bersesuian.

Penjimatan Kepada Kos
Latihan.

Melihat sudut penjimatan kos tidaklah banyak
yang boleh diterjemahkan. Cuma sedikit pengurangan masa dan latihan jika
seorang PSSTLDM diserap masuk ke anggota tetap. Latihan mereka tidak perlu
seperti anggota yang baru masuk. Mereka telah didehakan dengan latihan-latihan
asas dan lanjutan. Berdasarkan latihan PSSTLDM laksanakan adalah sama dengan
pasukan tetap, namun mungkin penekanan dan pengkhususannya berbeza mengikut
bahagian. Tetapi ia tidak menjadi beban kepada perkhidmatan kerana mereka ini
telah didedahkan terhadap suasana dan kehendak perkhidmatan.

Kedaulatan dan Pengiktirafan
Luar

Selain itu kedaulatan juga penting untuk memperoleh
pengiktirafan dari negara luar.Pengiktirafan atau pujian tidak akan diperoleh
sekiranya kedaulatan tidak wujud. Dengan adanya kedaulatan ,Malaysia dikenali
di mata dunia.Perlantikkan Malaysia ke Majlis Keselaman PBB, OIC dan beberapa
pertubuhan adalah satu pencapaian baik dalam memperkukuhkan kedaulatan negara
kita.

Masyarakat antarabangsa juga sedar kewujudan
dan kehebatan negara Malaysia yang hampir setanding dengan negara-negara maju
perindustrian dunia mula menganggap Malaysia tergolong dalam negara-negara yang
bakal mendominasi senario abad ke-21. Kepentingan kedaulatan adalah untuk mengekalkan
kewujudan negara bangsa. Hidup sesuatu bangsa tidak hanya bergantung kepada
bangsa itu sahaja . Demikian juga hidup bangsa Melayu . Hidup Melayu bergantung
kepada ketahanan dan sejauh mana kita boleh mengukuhkan kedudukan dan bertahan
daripada pengaruh luar yang boleh meruntuhkan. Selain itu, kepentingan
kedaulatan adalah negara itu bebas dari kongkongan atau ancaman luar. Negara
berdaulat tersebut memerintah atas paksi sendiri. Oleh itu ,rakyat dan negara
melaksanakan apa jua kegiatan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
Bebas dari kongkongan negara luar akan melancarkan perjalanan jentera
pentadbiran. Oleh itu kedaulatan adalah penting untuk negara bebas dari menjadi
wilayah jajahan.

Tetapi persoalan yang timbul adakah kekuatan
anggota ATM kini dan Khasnya TLDM mencukupi untuk memperkukuhkan kedaulatan
perairan negara. Di sinilah timbulnya sokongan yang perlu dilaksanakan oleh
PSSTLDM dalam erti kata lain sebagai benteng kedua pertahanan.

Kesimpulan

            Berdasarkan
daripada pendapat saya Pasukan Simpanan Sukarela TLDM ini harus dikekalkan di
dalam TLDM kerana pasukan ini dapat membantu anggota-anggota seperti di
unit-unit Pangkalan serta Kapal-Kapal di dalam TLDM bagi mempertahankan
Kedaulatan Perairan Negara serta menjaga Keamanan.Saya juga berharap kita dapat
memberi peluang kepada anggota-anggota tentera yang telah bersara untuk
diserapkan ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM bagi membantu atau mendapat
pengalaman serta tunjuk ajar daripada mereka dari segi keselamatan dan
pertahanan Negara.