Jama’ Dan Qasar

Solat musafir

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Musafir adalah orang yang dalam perjalanan atau berpergian. Dari
segi istilah pula, solat musafir adalah solat yang dilakukan oleh orang yang
dalam perjalanan dengan mendapat beberapa keringanan daripada solat biasa,
dengan syarat-syarat tertantu.

            Antara keringanan
tersebut adalah keharusan memendekkan solat, menghimpunkan dua waktu solat
dalam satu waktu, menyapu khuf dan berbuka puasa. Solat sunat dua rakaat yang
dilakukan sebelum orang itu memulakan perjalanan terutamanya perjalanan yang
jauh, dab dua rakaat apabila selamat kembali daripada perjalanan.

1Hukum Perjalanan

1.     
Wajib               : Haji, Jihad.

2.     
Sunnah            : Menziarahi
ahli keluarga

3.     
Harus               : Bersiar-siar

4.     
Paksaan           : Pelaku
zina yang dihukum untuk berhijrah

5.     
Makruh            :
Berseorangan tanpa Jemaah

6.     
Mungkar          : Atas niat
kemungkaran

2Rukhsah Musafir

a)     
Qasar solat.

b)     
Jama’ solat.

c)     
Berbuka puasa Ramadan.

d)    
Sapu khuf.

e)     
Meninggalkan solat Jumaat, jika dia keluar daripada kariahnya
sebelum fajar hari Jumaat.

f)      
Melakukan solat sunat diatas kenderaan atau sambil berjalan.

3Adab-Adab Musafir

       
i.           
Mencari teman yang beriman untuk bersama dalam perjalanan

     
ii.           
Mengucapkan selamat tinggal

   
iii.           
Mendoakan ahli keluarga

   
iv.           
Mendoakan orang yang bermusafir

     
v.           
Berwasiat

   
vi.           
Memulakan perjalanan dengan doa

  vii.           
Membaca doa safar ketika menaiki kenderaan

viii.           
Membawa teman dan tidak musafir sendirian

Jama’

Jama’ adalah perkataan Arab yang bermaksud 4mengumpulkan,
atau menghimpunkam sesuatu. Manakala istilahnya pula, menghimpunkan dua waktu
solat fardu dengan melakukan dalam satu waktu dan ini berdasarkan hadis,
daripada 5Ibn
Abbas R.Anhuma, katanya:

????? ??????? ??????? ??????
????? ???????? ????????? ???????? ?????? ??????? ????????? ??????????? ?????
????? ????? ?????? ?????? ?????????? ?????? ?????????? ???????????

Maksudnya: “Rasulullah
SAW menjama’kan solat Zuhur dengan Asar ketika bermusafir dan menjama’kan solat
Maghrib dengan Isyak”.

Solat jama’ hanya boleh dilakukan untuk solat berikut:

      
I.           
Solat Zuhur dan Asar dalam waktu Zuhur.

   
II.           
Solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar.

 III.           
Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib.

 IV.           
Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak.

Hikmah Jama’

Solat Jama` disyariatkan bagi mengangkat kesusahan daripada umat
Islam. Ia juga bertujuan untuk memastikan umat Islam dapat menjaga solat jemaah
pada isu-isu tertentu. Selain itu, ianya merupakan satu rukhsah dalam beribadat
agar umat Islam tidak meninggalkan solat dan menunjukkan Islam agama yang tidak
menyusahkan dan sebagai bukti kasih sayang Allah SWT kepada umat Islam dalam
melakukan ibadat.

1 Kitab Taisir Fiqh al-Mazahib al-Arba’ah,
Dr. Ismail Ahmad al-Tahhan, Darul Bayan, 2009

2 Ensiklopedia Solat,Muka surat 268,
Datuk HajibMd. Hashim Yahaya, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Telaga Biru, 2011

 

3 Ensiklopedia Solat, Muka surat 268,
Datuk HajibMd. Hashim Yahaya, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Telaga Biru, 2011

4 Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al- Syafi’e,
Dr. Mustafa al-Bugha, Darul Qalam, Damsyiq, Syria, 2010

5 Riwayat al-Bukhari1056